Monday, June 23, 2008

Pusat Sumber SK Sentosa

Pusat Sumber Sekolah yang merupakan nadi ilmu kepada murid-murid telah ditempatkan di lokasi yang strategik iaitu di bahagian tengah tingkat satu bangunan A. Dengan keluasan 6 bay menjadikan Pusat Sumber sekolah dilengkapi dengan segala kemudahan termasuklah ruang kaunter, sudut bacaan, ruang rehat, sudut pameran dan sebagainya.
Diawal penubuhan, Pusat Sumber Sekolah telah diterajui oleh Pn.Rahimah bt Md Khalid yang bertindak sebagai Guru Penyelaras PSS. Beliau telah banyak menyumbangkan usaha, tenaga dan buah fikiran bagi memastikan PSS lengkap untuk keperluan semua warga sekolah. Mulai tahun 2005, tempat beliau telah diganti dengan Pn. Rozziana bt Mohamad Som dan sekaligus beliau telah dilantik sebagai Guru Perpustakaan Media Sekolah hinggalah sekarang.
Pusat Sumber Sekolah telah memperkenalkan sistem automasi bagi semua urusan peminjaman dan pemulangan mulai tahun 2004. Ini menjadikan PSS SK Sentosa merupakan perintis pertama sekolah di kawasan ini menggunakan sistem pengautomasian PSS.

1 comment:

safia said...

saya ialah murid sk sentosa.pada thn 20__.knpa tk ubh lgi blog susunan pusat sumber?sila jawab di e-mel safia.nur2000@gmail.com.ye.............